>>Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.>>Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah juga mereka lebih mulia kerana lebih lama beribadah daripada kita.
>>Ketika berjumpa orang alim, anggaplah beliau lebih mulia kerana banyak ilmu.
>>Apabila melihat orang jahil anggaplah juga mereka lebih mulia kerana berbuat dosa disebabkan kejahilan sedangkan kita berbuat dosa dalam keadaan mengetahuinya.
>>Jika berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakanlah mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya.
>>Begitu juga apabila bertemu orang kafir. Katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya. Sedangkan kita belum tahu kesudahan hidup kita
Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama menanamkan sifat tawaduk dalam diri kita kerana ia tidak sedikit pun mengurangkan atau menghina harga diri kita. Allah telah memuji hamba-Nya yang bertawaduk dan mengangkat darjat mereka.
Allahu Ta'ala a'lam...




0 Response to "Pesanan Imam Al-Ghazali..."
Post a Comment