Di sini Tercipta Sebuah Memori...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... blog ni hanyalah sekadar suka2...

Ibu bohong kita...

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.



Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.



Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy. Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...

-??Adakah dunia ini masih dan akan terus selamat??-

Hehehe...setelah beberapa post sebelom ni aku copy paste daripada owang len..kini ak rase sudah smbai masanya untuk ak menulis artikel ak yang "originally made by me"

macam yang kita tao...skrg ni pggunaan fb telah menyaingi mane2 lman sosial yg len i.e myspace,friendster,kawanku dll...smpaikan pm n ketua pmbgkang kt mesia ni pon mggunakn fb sbg medan ideologi meke...

tapi ap yang agak mgecewakan ak adlah...sume bnde2 ni direka oleh owang barat(non muslim lah nmenye tu)...n apa yg lebey mgecewakan ak...ad bbrapa group kt fb yang secara terang2an telah mgutuk n menghina agama Islam...sbg owang Islam...adkah kita nk tros diam apabila nama Allah dprmainkan2???adkah kita cume boey menggelengkan kepala kite je bile Nabi Muhammad dibuat main??sanggup ke kita bile mana owang Islam di kutuk n dihina secara terbuka??n apa yg lebey mnyedihkan...ada sstgah prbuatan ni dibuat oleh rkyat negara ni sndri...ye...RAKYAT MALAYSIA

ak bagi contoh...dlam group I'm proud to be muslim....ble mane kowang bce wall post kt dlam group ni...kowang dpat lihat bgaimana Allah,Nabi Muhammad n Islam telah dihina n dibuat lawak oleh mereka2 yg xbrtggungjawab...so sbg hamba Allah...adkah kita cume nk diamkan je??adkah kita cume menafikan bila mana Nabi kita di hina??n adkah kita trgamak ntok melihat agama kita drendahkan2???

"Ya Allah ya tuhanku...Kau peliharalah agama mu ya Allah...Engkau tunjukkanlah apa yang hak itu hak...dan Kau tunjukkanlah apa yang bathil itu bathil Ya Allah..."